20 Disember 2009
Di Sudut Kamar Hatiku
Lagu: Jamal Abdillah
Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung
Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya
Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada
Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta
Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku…
Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
17 Disember 2009
Menunggu Medang Tumbang
Pak Cik, kami dari Pejabat Daerah Tanah Puteh. Tujuan kami datang adalah untuk meminta izin Pak Cik untuk menebang pokok medang di depan rumah Pak Cik di sana tu. Kami tahu bahawa pokok itu Pak Cik yang punya. Memanglah tanah tempat pokok Medang itu adalah tanah Pak Cik. Kami tahu dan kami mengerti. Pak Cik, pokok medang itu sudah renggeh. Kami sudah meminta pendapat pakar. Akar pokok itu sudah tidak mampu menyedut air lagi. Daun-daunnya sudah mula gugur. Bukan kerana musim kemarau. Daun gugur musim kemarau itu memang biasalah. Tetapi sudah dua musim kami perhatikan. Daun-daunnya sudah habis keguguran. Hanya tinggal rantingnya yang renggeh sahaja.
Biarlah kami tebang sahaja pokok itu, Pak Cik. Kami tahu pokok itu amat bermakna buat Pak Cik. Pak Cik memang bergantung hidup kepada pokok itulah. Pokok itu adalah sumber inspirasi pak cik. Pokok itu adalah sumber rezeki pak cik. Pokok itu adalah pelindung pak cik ketika ribut dan taufan melanda. Pokok itu menjadi tempat pak cik berehat dan menenangkan akal fikiran. Tetapi pak cik pokok itu sudah tua. Sudah renggeh. Sudah mati akar dan boleh tumbang bila-bila masa.
Janganlah pak cik menuduh kami bodoh. Mati akar bermakna matilah pokok itu. Memanglah pak cik kata rantingnya masih bergerak. Bergerak itu bukan tandanya dia masih hidup. Bergerak itu adalah kerana dia ditiup dan dilibas oleh angin. Dengarlah cakap pakar pak cik. Kami juga seperti pak cik. Kami sangat sayangkan pokok itu. Pokon itu sungguh cantik menghiasi jalan ini. Ramai pengguna jalan raya berhenti berehat di bawah pokok medang itu. Kami tahu ramai orang suka pokok medang itu. pak cik. Tetapi dia sudah renggeh. Kulit batangnya sudah terkopak. Mari lihat, pak cik. Kami toreh kulit pokok ini. Getahnya sudah tidak mengalir. Getahnya yang semerah darah itu sudah tidak menjelma.
Kami juga seperti pak cik. Kami amat sayangkan pokok medang ini. Pokok medang ini pernah menjadi tempat kami berehat ketika kami cerodong dulu. Ketika malam, di situlah kami berhimpun bersama rakan-rakan. Di situlah kami mencuri-curi menghisap rokok daun bersama kawan-kawan kami. Di situlah kami duduk tidak kira bulan mengambang atau menguncup. Kami amat sayangkan pokok medang itu. Pokok medang itu juga amat sayangkan kami. Belum pernah walau sekali dahannya patah menimpa kami. Pernah kawan kami memanjat sampai ke julainya yang halus bagai rambut itu. Tetapi dia tidak pernah terjatuh bahkan julai itu melintok dan menghantar kawan kami itu kembali ke pangkin tempat kami duduk. Pokok medang itu amat baik buat kami, pak cik. Namun, kami terpaksa menerima hakikat bahawa medang itu telah renggeh. Medang itu telah mati.
Kedudukan pokok medang yang amat berhampiran jalan itu boleh membahayakan orang ramai pula kalau dibiarkan. Kita mesti menebangnya. Pak cik sebutlah di mana kita akan semadikan gemulah Medang itu. Kalau di Kanada sekalipun bersama gemulah pokok-pokok Alp, kami sanggup menerbangkan gemulahnya ke sana. Pak cik janganlah menuduh kami bodoh dan tidak sayangkan medang itu. Kami tidak akan mengatakan dia mati melainkan kami mendapat nasihat daripada sumber yang betul. Ramai jugalah orang-orang yang sayang pada medang itu yang menuduh kami benci pada medang, yang menuduh kami sengaja berlawak mengatakan bahawa medang itu sudah mati. Kami bukan hendak berlawak. Kami bukan hendak menipu sesiapa. Siapalah mereka itu pun. Ketika kami sudah mula mencuri-curi hisap rokok daun di malam hari bersama rakan-rakan, mereka itu belum hidup lagi pun. Bapak mereka itu pun turut bersama kami mengupar tembakau dan menjilat daun. Kini mereka berlagak kononnya mereka lebih sayangkan medang daripada kami. Memang kami lebih suka kalau medang itu hidup. Tetapi kalau sudah itu takdirnya, kalau keadaannya boleh mendatangkan bencana dan mara bahaya pula kepada orang lain, lebih baik dia pergi sahaja. Pak cik, izinkanlah sahaja kami menebangnya. Semakin lama pak cik membiarkan dia begitu, semakin banyak mara bahayanya. Pokok-pokok dedalu menunggu masa sahaja untuk mengkerabat naik. Pokok-pokok tanduk rusa, langsuir dan berbagai jenis lagi akan menumpang pula di atasnya. Akarnya akan dimakan anai-anai. Ranting-rantingnya akan kering kontang, getahnya sudah tidak melekat lagi. Apabila datang puting beliung atau apa sahaja taufan, ranting itu akan patah. Baik tak baik banirnya akan menghentam ruamh pak cik pula. Kami juga yang susah. Tebanglah pak cik. Biarkan dia pergi dengan aman.
11 November 2009
Hanya Kita Yang Tahu: JJ dan Alleycats
Gemersik suara desir dedaunan membisik kan ke jiwa
Melagukan cerita bersama airmata
Berakhirnya sebuah perjalanan
Aku pun tertanya kiranya
Ada noktah berakhir darimu
Lalu aku termenggu
Teringat bait yang dulu
Tiap yang mula pastikan terakhir
Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Hingga hanya suara batinnya
Ku cari cinta selain darinya
Namun tiada yang serupa
Ku harus terima kau tiada pengganti
Tuhan lebih menyayangi
Makinku cuba pendamkan kisah lama
Makin terasa kau disisi
Pahit dan manis kisah kau dan aku
Hanya kita saja yang tahu ooo…….
Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Aku rindu suara batinmu
Simfoni Sepi: Jamal Abdillah
Dah lama aku dilanda duka
Menangis hatiku di kala senja
Terbelai hati menangis tiada lagi
Oh sayang hanya dikau
Selayang kenangan sepi membuai manja
Dalam hidupku kau datang lagi
Membawa fajar dan melukis cahaya
Kutitiskan airmata
( korus )
Sekujur tubuh
Sehelai nyawa
Gembira duka derita
Adalah ujian Yang Maha Esa
Yang menjanjikan syurga segalanya
Tinggallah daku
Dalam kesunyian
Sepi pedih pilu
Dah lama aku dilanda duka
Menangis hatiku di kala senja
Terbelai hati menangis tiada lagi
Oh sayang hanya dikau
6 Julai 2009
Jauh Dirindu
Di mana…
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa
Ke mana…
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku
Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku
Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu
Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati
Tangga-tangga ke Pintu Bahagia
Mana silapnya arah yang aku jejaki
Yang ku temu hanya pintu sepi
Dalam keriuhan ku rasakan kekosongan
Jiwaku dahaga kasih sayang
Masih tak bertemu yang kucari dulu
Hati masih berlabuh
Dalam langkah perjalanan terkeliru
Hilangnya arah tuju
Sungguh lama terpisah pandangan
Sejak detik akhir pertemuan
Jauh meninggalkan dirimu dan diriku
Terpisah bersama waktu
Sejauh mana sekalipun aku berlari
Ingatan padamu menghantui
Aku tak mengerti dan tidak ku mampu lagi
Menahan gelora hati ini
Ingin ku kembali ke jalan yang dulu
Aku rindu padamu
Moga dibukakan semua pintu-pintu
Untuk ku bersamamu
Ingin aku mendaki semula
Tangga-tangga ke pintu bahagia
Mencari cahaya cinta yang sebenarnya
Antara aku dan dia